Wednesday, December 12, 2018

BBM3410/18: FACEBOOK

Assalamualaikum semua..

Pada kali ini saya nak kongsikan gambar swapfoto saya bersama Prof untuk yang terakhir...

Gambar kali saya Prof minta kami semua postkan di facebook..

ni lah antara gambarnya...hihihi😘😘




Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH

Assalamualaikum semua..

Apa itu video tanpa wajah?

⏭Video tanpa wajah merupakan satu situasi yang hanya menfokuskan kepada sesuatu benda tanpa memaparkan wajah pelakon. Contohnya, fokus anggota badan selain wajah, benda dan sebagainya.

⏭ video jenis ini setiap babak boleh digerakkan mengikut kritiviti jurukamera dan boleh dipotong mana-mana babak supaya jalan ceritannya dapat dipaparkan kepada khayalak..

➽Diselitkan juga mesej yang ingin diketengahkan contohnya, mesej semangat patriotik yang dibuat oleh kumpulan kami iaitu Nafi Studio..

➽ Pemilihan lagu juga perlu berkait dengan jalan cerita yang dipaparkan.

BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT

Assalamualaikum semua..

Apa itu video one shot?

⇏Video jenis ‘ONESHOT ‘ ialah video yang dirakam secara terus tanpa menekan henti atau ‘pause’. Video tersebut juga tidak boleh diedit seperti mencantum-cantum bahagian atau beberapa rakaman video untuk  suatu jalan cerita.

Ada 3 jenis video one shot:

1) One Shot One Layer
➽Melibatkan satu lapis sahaja
➽Ada nyanyian.
➽Di ambil dari satu sudut sahaja.
➽Tiada jalan cerita
➽Fokus kepada pergerakan iaitu hanya melibatkan tarian
➽Hanya fokus kepada satu objek sahaja.

2) One Shot Two Layer
➽Melibatkan dua lapis situasi
➽Mempunyai lakonan bagi menunjukkan jalan cerita.
➽Fokus kepada dua objek
➽Masih ada nyanyian atau hanya nyanyian pergerakan mulut sahaja

3) One Shot Three Layer
➽ Melibatkan tiga lapis situasi 
➽Terdapat nyanyian , lakonan dan pergerakan tidak sengaja.
➽Di ambil dari satu sisi juga.
➽Mempunyai jalan cerita yang berkait dengan lagu yang dipilih.


BBM3410/18: PAPAN CERITA

Assalamualaikum semua...

Apa itu papan cerita?
⏩ Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.


⧭Papan cerita jenis ini yang ditugaskan oleh kami iaitu Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan.

πŸ”»Kumpulan Nafi Studio setelah diteliti konsep yang sesuai yang ingin diketengahkan sebulat suara memilih untuk membuat penghasilan kerusi.

6 jenis Model kerusi yang diketengahkan iaitu:

↝Kerusi juling

↝Kerusi gebulu

↝Kerusi IQ bercabang

↝Kerusi goyang

↝Kerusi arikatun

↝Kerusi melayang

↘Semua lukisan yang dibuat ini mengandungi maklumat seperti berikut:
↺Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai.
↺Warna, penempatan, dan saiz grafik.
↺Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.


BBM3410/18: ASAS GRAFIK

Assalamualaikum semua...

Tajuk; Asas Grafik

Dalam membuat asas grafik elemen-elemen ini sangat penting untuk dititkberatkan:

1) Majalah
➤Pemilihan majalah yang sesuai perlu ada untuk membuat asas grafik.
➤setiap ahli di dalam group membawa satu majalah yang mempunyai banyak unsur-unsur alam bagi memaparkan sebuah asas grafik yang bermutu dan menarik.

2) Prinsip Asas Grafik
➽Mudah
Sesuatu yang senang difahami maksudnya dari segi pergunaan warna dan sebagainya.

➽Keseimbangan
Merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri. Melalui keseimbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan. Selain itu, Gambar yang di ambil akan terlihat seimbang dari sisi kiri dan kanannya.

➽Kesesuaian
Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia.

➽Warna
Warna yang sesuai dengan situasi atau persekitaran sekeliling.

➽Teks
Saiz yang berbeza, jenis tulisan yang berbeza,memiliki slogan, tema dan sebagainya.

3) Alatan yang diperlukan
➼Alatan yang diperlukan dalam proses ini ialah mounting board, riben, gunting, riben, gam dan bahan-bahan yang lain.

4) Proses akhir(kerja-kerja menampal)
➦Setiap keratan yang dipilih itu diletatkan pada setiap 5 keping mounting board yang berbeza.

➦Aspek ketelitian dan kesabaran amat diperlukan untuk melakukan proses melekat ini.



Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18: VIDEO KALENDAR MEJA

Malam Rabu sy buka whatapp..buka group..ketua kelas multimedia ckp tiada kelas amali multimedia

pada hari khamis tapi mungkin diganti dengan kelas online pada pukul 12..okay..mlm tu ak tido lambat sikit laa..

Buat kerja mana yang tak siap..lepas subuh baru tido..nasib baik la pagi tu member datang bilik sblum kelas online start..terus ak buka Putrablast..tengok kosong je..betul ke ada kelas online..

Tunggu punya tunggu ketua kls ckp dr minta kami ambil video proses buat kalendar menggunakaan adobe photoshop

okay..dibawah ini hasilnya...😝😝😝Terima Kasih Prof sebabnya hantarkan orang macam kak Nurul comel untuk ajar kami buat kalendar...hihihi









https://www.youtube.com/watch?v=SbIpfokHXMg&t=8s


Friday, November 16, 2018

BBM3410/18: TWITTER

Assalamualikum geng.. pada post kali ini.. aku nk tunjuk twitter ak..sebabnya minggu ni Prof nak masuk markah..seronoknya..SAYANG PROF..πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹


Jadi ak tunjuk pada semua tweet&retweet ak di twitter...sebelum itu,, jgn lupa follow ak @Hanafiilyas2


sekian daripada saya..jumpa lagi geng..