Wednesday, December 12, 2018

BBM3410/18: FACEBOOK

Assalamualaikum semua..

Pada kali ini saya nak kongsikan gambar swapfoto saya bersama Prof untuk yang terakhir...

Gambar kali saya Prof minta kami semua postkan di facebook..

ni lah antara gambarnya...hihihi😘😘




Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH

Assalamualaikum semua..

Apa itu video tanpa wajah?

⏭Video tanpa wajah merupakan satu situasi yang hanya menfokuskan kepada sesuatu benda tanpa memaparkan wajah pelakon. Contohnya, fokus anggota badan selain wajah, benda dan sebagainya.

⏭ video jenis ini setiap babak boleh digerakkan mengikut kritiviti jurukamera dan boleh dipotong mana-mana babak supaya jalan ceritannya dapat dipaparkan kepada khayalak..

➽Diselitkan juga mesej yang ingin diketengahkan contohnya, mesej semangat patriotik yang dibuat oleh kumpulan kami iaitu Nafi Studio..

➽ Pemilihan lagu juga perlu berkait dengan jalan cerita yang dipaparkan.

BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT

Assalamualaikum semua..

Apa itu video one shot?

⇏Video jenis ‘ONESHOT ‘ ialah video yang dirakam secara terus tanpa menekan henti atau ‘pause’. Video tersebut juga tidak boleh diedit seperti mencantum-cantum bahagian atau beberapa rakaman video untuk  suatu jalan cerita.

Ada 3 jenis video one shot:

1) One Shot One Layer
➽Melibatkan satu lapis sahaja
➽Ada nyanyian.
➽Di ambil dari satu sudut sahaja.
➽Tiada jalan cerita
➽Fokus kepada pergerakan iaitu hanya melibatkan tarian
➽Hanya fokus kepada satu objek sahaja.

2) One Shot Two Layer
➽Melibatkan dua lapis situasi
➽Mempunyai lakonan bagi menunjukkan jalan cerita.
➽Fokus kepada dua objek
➽Masih ada nyanyian atau hanya nyanyian pergerakan mulut sahaja

3) One Shot Three Layer
➽ Melibatkan tiga lapis situasi 
➽Terdapat nyanyian , lakonan dan pergerakan tidak sengaja.
➽Di ambil dari satu sisi juga.
➽Mempunyai jalan cerita yang berkait dengan lagu yang dipilih.


BBM3410/18: PAPAN CERITA

Assalamualaikum semua...

Apa itu papan cerita?
⏩ Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.


⧭Papan cerita jenis ini yang ditugaskan oleh kami iaitu Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan.

πŸ”»Kumpulan Nafi Studio setelah diteliti konsep yang sesuai yang ingin diketengahkan sebulat suara memilih untuk membuat penghasilan kerusi.

6 jenis Model kerusi yang diketengahkan iaitu:

↝Kerusi juling

↝Kerusi gebulu

↝Kerusi IQ bercabang

↝Kerusi goyang

↝Kerusi arikatun

↝Kerusi melayang

↘Semua lukisan yang dibuat ini mengandungi maklumat seperti berikut:
↺Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai.
↺Warna, penempatan, dan saiz grafik.
↺Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.


BBM3410/18: ASAS GRAFIK

Assalamualaikum semua...

Tajuk; Asas Grafik

Dalam membuat asas grafik elemen-elemen ini sangat penting untuk dititkberatkan:

1) Majalah
➤Pemilihan majalah yang sesuai perlu ada untuk membuat asas grafik.
➤setiap ahli di dalam group membawa satu majalah yang mempunyai banyak unsur-unsur alam bagi memaparkan sebuah asas grafik yang bermutu dan menarik.

2) Prinsip Asas Grafik
➽Mudah
Sesuatu yang senang difahami maksudnya dari segi pergunaan warna dan sebagainya.

➽Keseimbangan
Merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri. Melalui keseimbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan. Selain itu, Gambar yang di ambil akan terlihat seimbang dari sisi kiri dan kanannya.

➽Kesesuaian
Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia.

➽Warna
Warna yang sesuai dengan situasi atau persekitaran sekeliling.

➽Teks
Saiz yang berbeza, jenis tulisan yang berbeza,memiliki slogan, tema dan sebagainya.

3) Alatan yang diperlukan
➼Alatan yang diperlukan dalam proses ini ialah mounting board, riben, gunting, riben, gam dan bahan-bahan yang lain.

4) Proses akhir(kerja-kerja menampal)
➦Setiap keratan yang dipilih itu diletatkan pada setiap 5 keping mounting board yang berbeza.

➦Aspek ketelitian dan kesabaran amat diperlukan untuk melakukan proses melekat ini.



Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18: VIDEO KALENDAR MEJA

Malam Rabu sy buka whatapp..buka group..ketua kelas multimedia ckp tiada kelas amali multimedia

pada hari khamis tapi mungkin diganti dengan kelas online pada pukul 12..okay..mlm tu ak tido lambat sikit laa..

Buat kerja mana yang tak siap..lepas subuh baru tido..nasib baik la pagi tu member datang bilik sblum kelas online start..terus ak buka Putrablast..tengok kosong je..betul ke ada kelas online..

Tunggu punya tunggu ketua kls ckp dr minta kami ambil video proses buat kalendar menggunakaan adobe photoshop

okay..dibawah ini hasilnya...😝😝😝Terima Kasih Prof sebabnya hantarkan orang macam kak Nurul comel untuk ajar kami buat kalendar...hihihi









https://www.youtube.com/watch?v=SbIpfokHXMg&t=8s


Friday, November 16, 2018

BBM3410/18: TWITTER

Assalamualikum geng.. pada post kali ini.. aku nk tunjuk twitter ak..sebabnya minggu ni Prof nak masuk markah..seronoknya..SAYANG PROF..πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹


Jadi ak tunjuk pada semua tweet&retweet ak di twitter...sebelum itu,, jgn lupa follow ak @Hanafiilyas2


sekian daripada saya..jumpa lagi geng..

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: LIKE PROF


Assalamualaikum geng2.. pada kali ini ak nak kongsi kepada semua..hari aku sangat gembira apabila seorang Prof like gambar aku di instagram..blog pun sama tau...wowwww..famous yerr aku ni..boleh tergolong dlm instafamous dah ni..ihhihihih

Gurau je la..sebenarnya kalau pelajar kelas Multimedia ni dapat like daripada Prof kiranya dapat markah lebih la..Aamiin..😁😁😁😁😁😁


aku pun tak nak la cerita lebih2..kalau tak percaya..nah ak tunjukkan..


1) like dlm Instagram






2) Komen dlm blog


3) Hajat untuk mohon isnin kuliah secara online



4) Prof saya masuk Tv Al-hijrah..bangga pulak..
















BBM3410/18: TUTORIAL MEMBUAT KALENDAR MEJA

NINGGU 10 KENA BUAT VIDEO UNTUK KELAS ONLINE...Kali ini saya akan memberitahu anda cara membuat kalendar dengan menggunakan adobe photoshop..

Langkah 1 : Buka aplikasi Adobe Photoshop

Langkah 2 : Tekan new dan pilih ukuran kertas yang diingikan cthnya: size yang diberikan oleh Prof.

Langkah 3 : Cari image untuk background yang diinginkan contohnya background pulau..

Langkah 4 : Drag foto tadi dan masukkan dalam layer 1

langkah 5 : Seterusnya, masukkan kalendar untuk layer 2

Langkah 6 : tekan teks untuk menulis bulan berapa.. contohnya saya ambil bulan julai.. sebabnya bulan julai bulan hari lahir saya

Langkah 7 : Pilih gambar untuk dipadankan dengan kata-kata hikmah ini untuk layer 4

Langkah 8 : Masukkan kata-kata hikmah supaya berkaitan dengan gambar untuk layer 5

SEKIAN SAHAJA DARIPADA SAYA TUTORIAL MEMBUAT KALENDAR DENGAN MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP.

Wednesday, November 7, 2018

BBM3410/18: MINGGU 9 (VIDEO 2 LAYER)

Assalamualaikum geng2..minggu ni ak sambung citerr yang bahagian buat video 2 layer..

Minggu memg tiap2 masa free je semua buat perjumpaan nak bincang pasal video 2 layer ni..

Bagi ak laa kan..setiap video Prof ni tak perlu pun sampai sempurna sangat..asalkan betul konsep video tu..cukup laa..

Sebabnya video one shot tu kumpulan kami salah buat..video one shot kami buat yang baru ..nanti ak kongsikn link utk video 0ne shot yg baru..

Utk video 2 layer ni harap sangat betul..nnti bila dah keluar ak tunjukkan pada semua ok geng2..


1. Ak kongsi gambar je geng2..hahaha



BBM3410/18: KETUPAT SOTONG

KETUPAT SOTONG

Bahan-Bahan:

1kg Sotong sederhana besar 
250gram beras pulut 
santan 
seinci halia dipotong halus 
5 ulas bawang merah dipotong halus 
sesudu kecil halba 
garam 
lidi dipotong kecil 

Cara:

Beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk. Masukkan pulut dalam anggaran 3/4 penuh ke dalam sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi untuk mengemaskan hujung sotong. Santan dicampur dengan halba, halia, bawang merah & garam, masukkan sotong yang telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil untuk mengelakkan santan naik. Angkat apabila sotong telah masak.

Cadangan Hidangan:

Dimakan begitu sahaja @ bersama nasi putih


Tambahan:

* Kulit sotong yang berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang untuk mengelakkan hanyir. 
* Resepi dari Terengganu ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula seperti resepi Kelantan.

Image result for ketupat sotong

BBM3410/18: MINGGU 8 ( SOALAN DALAM BUKU BOOM)

Assalamualaikum geng.. minggu 8 ni mcm biasa la hari isnin kelas Prof.. kelasnya seperti biasa jgk 10pg -12 tgh hari...

Kelas minggu ni Prof bagi soalan dan jawapannya ada dalam buku..

Soalannya :Senaraikan 5 kesan negetif dalam jaringan sosial kepada pengguna bahasa

 Sebelum itu, Prof tnya dlm kumpulan siapa yang tak bawa buku...hahahaha...Alamakkk..habis satu kelas gelabah..nasib ak ingat pagi tu nak ambil buku ak ats rak meja ak..wkakwkawwkwa..

Prof minta siapa yang tak bawak pergi ambil..hahaha..semua terus keluar kelas gi ambil di kolej..

1. Ni lah bukunya..haha..comel nya la Prof ak ni..tapi gmbar ni betul ke ni..mcm lain jerr..hahaha..kalau siapa nak tahu yang mana Prof ak tu..tu hah yg pegang laptop..





Akhir kelas, Prof minta kami semua buat video utk 2 layer..ak bila dgr mcm tu..terus buat muka redho jer...bye..TERUS takde mood..hahhaha..

BBM3410/18: NASI DAGANG TERENGGANU

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan untuk Nasi: 

4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara cara :

Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap dan elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap. Kukus semula selama 20 minit lagi. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tidak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.Boleh dihidangkan


Resepi Gulai Ikan Aya :

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..Jangan buang air rebusan. 
* Boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* Lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai :

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

Masak Santan sehingga naik minyak. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

*Nota : Rempah gulai Cap Bunga Ros nie hanya ada di pasaran negeri Terengganu saja, negeri lain tak jual rempah nie, so kiranya limited edition la... 



Resepi Acar Timun:-

Timun
Lobak merah
Cili Merah dan Bawang - SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara:

Gaul sebati dan dihidang.

BBM3410/18: NASI MINYAK TERENGGANU

Nasi Minyak Terengganu

Bahan-bahan : 

4 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul

Bahan untuk menumis:

1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang
1 ulas bawang putih]

Cara Penyediaan :-

Beras dicuci kemudian ditoskan. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau/kekuningan. Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata. Masukkan air dan susu. Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika. Kemudian gemburkan nasi guna garpu.


BBM3410/18: MINGGU 7 (VIDEO ONE SHOT)

Assalamualaikum geng2.. minggu 7 kena buat video menari pulak dahhh...macam2 Prof ni..kalah orang ambil video lax..macam buat video Parody utk video lax..ak ni dah la kayu bab2 menari ngn berjoget ni... hahahaha..


Saksikanlah video kami ini...








BBM3410/18: KEREPOK LEKOR

Keropok Lekor

Bahan-bahan

1 kg ikan Parang/Kembong
500 g tepung sagu/ tepung kanji
garam secukupnya
125 ml air
sedikit ketulan air batu

Cara penyediaan :

Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Tumbuk atau cincang halus isi ikan sambil dibubuh garam. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. Kemudian bubuh tepung sagu dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal. Celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan doh menjadi seperti silinder. Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis. Keropok yang telah direbus boleh dimakan segera dengan dicicah cuka kerepok (sos lada). Sedikit 'serbuk perasa' atau juga dikenali MSG boleh ditambah bagi menyedapkan lagi.

BBM3410/18: LAKSAM TERENGGANU

Laksam Terengganu

Bahan-Bahan :

~Kuah~
Ikan Selayang/Sardin - 4/5 ekor 
Kelapa - 1 biji 
Lada hitam 
Bawang merah 
Garam secukup rasa 

~Laksam~

Tepung beras - 1 paket 
Tepung gandum- 3 atau 4 sudu besar

~Ulam~

Taugeh 
Timun 
Kobis 
Kacang Panjang 
Daun kesom

Cara Membuat : 

~ Untuk Kuah ~
Rebus ikan. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga lumat dengan lada hitam dan bawang merah. Masukkan santan & panaskan atas api. Jangan masak sampai mendidih.

~ Untuk Laksam ~

Bancuh bahan dan tuangkan di atas tudung periuk. Kukuskan dan bila agak masak, kopek tepi laksam dengan sudu dan biarkan ia bergulung. Sejukkan dalam pinggan. Bila Sejuk baru potong. 

Cara hidangan:- 

Masukkan laksam dalam pinggan, tabur ulam, sambal belacan dan tuang kuah. Perahkan limau nipis. Resepi asli, kuah dimasak tidak dicampur garam. Bila hendak dimakan, barulah diletakkan garam, cili boh dan belacan. Kepada yang tidak biasa, boleh juga sediakan sambal belacan. 



BBM3410/18: MINGGU 6 (KAMPUNGKU

HAI geng...Assalamualaikum..jumpa lagi kita..minggu 6 ni student UPM balik kampung guyss...aduhh..gembirannya jumpa family di Terengganu..tapi yang tak gembiranya ada kerja lagi Prof bagi..

Prof minta kami ambil permandangan di kampung masing2..dlm kepala otak ak ambil gambar pantai la..nama pantai timur memg byk pantai la jawabnya...

Inilah hasilnya..


1. Aktiviti petang gi pantai laa..




2. Riadah la untuk cairkan lemak tak gitu Prof..hihihihi




3. Aktiviti wajib balik kampung minum air ngn kawan2




4. Pasar minggu di kampung mcm2 jenis makanan ada..bestttt geng2..

5. Kutip telur ayam laa belakang umh..hihihihi




6..Member sekolah menengah kawin