Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: PAPAN CERITA

Assalamualaikum semua...

Apa itu papan cerita?
⏩ Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.


⧭Papan cerita jenis ini yang ditugaskan oleh kami iaitu Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan.

🔻Kumpulan Nafi Studio setelah diteliti konsep yang sesuai yang ingin diketengahkan sebulat suara memilih untuk membuat penghasilan kerusi.

6 jenis Model kerusi yang diketengahkan iaitu:

↝Kerusi juling

↝Kerusi gebulu

↝Kerusi IQ bercabang

↝Kerusi goyang

↝Kerusi arikatun

↝Kerusi melayang

↘Semua lukisan yang dibuat ini mengandungi maklumat seperti berikut:
↺Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai.
↺Warna, penempatan, dan saiz grafik.
↺Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.


No comments:

Post a Comment