Tuesday, September 25, 2018
BBM3410/18: KULIAH MINGGU 1
Sebenarnya, tujuan
blog ini dicipta adalah untuk memenuhi kursus BBM 3410 Multimedia Dalam
Bahasa. saya memang teruja sangat nak kongsi cerita tentang semua aktiviti yang
saya lakukan sepanjang minggu untuk kursus BBM 3410 yang diajaq oleh pensyarah
FBMK iaitu Prof.Dr. Normaliza bt Abd Rahim. Ok, kita mula minggu pertama, Prof
menerangkan tentang tugasan yang akan dilakukan pada minggu kedua iaitu tugasan
dalam aktiviti asas grafik. Lepas tu, Prof jugak ada menerangkan tentang aktiviti
dan memberi arahan untuk membentuk kumpulan yang terdiri dari 10 ahli kumpulan.
Jadi pada hari pertama kuliah tu, kami bentuk kumpulan ja kejanya. Saya dengan
kwn2 saya iaitu nizam, erwan, mimi, ain, dayah, mahira, mija, saf, athirah dh
sepakat nak join group sama2.. kami namakan group kami nafi studio.
seterusnya, Prof pesan untuk kelas amali
plak akan dibahagikan kepada 2 kumpulan lain.. satu amali hari rabu 11-12 pagi,
dan satu lagi khamis.. saya masok kumpulan yg hari rabu tu..sebabnya paham2 jela
ek??hahahaha.. kat dalam kelas amali tu, Prof ada bagitau yg kami kena buat
kalendar.. penilaian berterusan dari minggu 1-7..jadi kena bertabahlah
sepanjang minggu tu.. Ohh, terlupa plak..Prof jugak ada pesan suruh bawak
bahan-bahan macam majalah, gunting, riben, gam, pembaris, puncher, pisau (yang
tajam)dan mounting board untuk buat asas grafik dan hasilkan buku scrap. Haaa..
rasanya itu jelah cerita saya untuk kuliah minggu pertama tu.. nanti saya
sambung cerita untuk kuliah kedua minggu yg kedua ok ?? babaiii
BBM3410/18: MEMPERKENALKAN DIRI
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..
Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Mohd Hanafi bin Ilyas. Anak bongsu dari 13 adik beradik ( 6 perempuan dan 7 lelaki). Berumur 23 tahun dan saat ini mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang bacelor sastera ( Bahasa dan Linguistik Melayu).
Akan saya isi dengan informasi bermanfaat , coretan pribadi, pemikiran pribadi, dan apapun yang akan saya tulis semoga memberi manfaat kepada semua.
Saya sangat senang jika mendapat kawan baru..
Jika bersedia jadilah kawan saya
dan kita saling berkongsi..
Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)