NAK mengaku kawan, semua orang boleh mengaku sebagai kawan.
Tetapi memilih sahabat yang sejati yang betul-betul jujur dengan kita bukannya
perkara yang mudah.
Kadang-kadang,
anda menjalinkan hubungan dengan jujur dan ikhlas tetapi kawan anda hanyalah
berpura-pura baik di hadapan anda. Apabila menyedarinya, anda akan rasa marah
dan tertipu.
Oleh
itu, sebaiknya anda mengetahui dari awal adakah rakan anda itu merupakan
seorang sahabat yang baik atau bukan.
Kami
kongsikan beberapa cara untuk anda mengenali perangai sebenar kawan anda!
Adakah dia sahabat sejati, ataupun pengkhianat.
Tidak menghargai
Dalam
persahabatan, saling menghargai adalah sikap yang perlu ditunjukkan oleh semua
orang. Jika dia melayan anda dengan buruk, bererti dia merendahkan anda. Jika
rakan anda sering menunjukkan sikap tersebut, sudah tiba masanya anda
menjauhkan darinya.
Iri hati
Adakah
rakan anda sering menunjukkan sikap tidak bahagia dan tidak senang jika anda
mendapat pujian atau dapat mencapai target? Jika dia sering memerli dan
menunjukkan rasa iri hati, dia adalah orang yang tidak jujur dengan anda.
Bercakap di belakang
Anda
pasti akan tahu apabila orang membicarakan anda di belakang. Mereka
menggosipkan tentang kehidupan anda di belakang pengetahuan anda. Senang
cerita, mengumpat! Orang yang selalu bercerita tentang anda di belakang
bukanlah kawan yang baik. Segera jauhkan diri!
Memanfaatkan
Ada
pula jenis kawan yang hanya mahu menggunakan anda untuk kepentingan peribadi.
Apabila dia sudah mendapatkan sesuatu yang diingini, dia akan meninggalkan
anda. Untuk itu, jika teman anda hanya menelefon anda ketika ingin diajak pergi
ke tempat yang menyeronokkan dan hilang ketika anda sedang susah, bermakna dia
hanya menggunakan anda!
No comments:
Post a Comment